Teringat kembali mase lepak dengan abg fizi kat dalam library PUO. Dia dok duk bagitau ader satu team otai low profile yang bernama UBAT (Utan Bara Adventure team). Daripada situ aku dok tau ader satu Gunung yang bernama Gunung Puntung Asap. Usha gambo diorang memang Gunung tersebut viewnyer superb giler,nampak laut. Dalam topo (tahun 40-an) memang tak der, tapi panggilan orang2 kampung menamakan gunung tersebut sebagai Gunung Puntung Asap. Gunung tersebut berada bersebelahan dengan gunung bubu yang terletak di banjaran Bintang. Sejak daripada tu aku mula mengidam nak naik gunung nie. Bile dok lalu highway je mate aku tak jemu2 memandang satu puncak tajam yang aku rase ader satu tarikan kuat untuk aku kesane.
Akhirnya kami telah berjaya menapakkan kaki kami (Pendaki Bebas Perak dan gabungan pendaki bebas yang lain) di puncak gunung punung asap walaupun ia menjadi misteri kerana UBAT cuba merahsiakannya daripada orang-orang luar. Kejayaan ini lebih manis apabila kami telah berjaya menghubungkan trek ke gunung bubu west dan bubu menjadi satu trans.

Al-kesah
Alhamdulillah abg fizi dok ajak aku join trip die n aku yang sememangnyer taksub dengan gunung tu n sanggup mintak cuti last minit walaupun berat hati sebab dah minta cuti untuk trip CNY nanti. Pada mulanyer aku nie sengal dok ingat Gunung Arang Para, tersalah name walaupun aku tau gunung tu gunung yang aku dok tengok site UBAT.
Sebelum tuh aku dok tanye abg fizi yap join trip tak??
Yap join aku pun lagi la semangat…
Leh join karok dengan die, apatah lagi die tu ibarat ader mali…
Lineup pun best2 antaranya Cikleey dan kak lia yang sememangnye riuh dah kelakar…
Ahhh…haaa…!!!!!
Lineup (8 orang);
Lelaki:
Abg Fizi
Yap
Mawi
Cikleey
Aku
Perempuan:
Kak lia
Cik Lin
Nurul
Day 1;
Kami bertemu dan berkumpul kat perhentian sungai perak dan bersalaman, fuh…lame tak jumpe…kami bergerak ke padang rengas dan abg fizi tapau nasi goreng untuk lunch nanti…sebelum tu kami breakfast kat stesen bas kuala kangsar…Lepas lori sampai kami pun parking kat kauri di kaki bukit gunung pondok…transfer barang dalam lori n gerak masuk kat dam sg kangsar…dah sampai kami punggah barang n masing2 pack sebelum bergerak…perjalanan agak landai n sepanjang laluan penuh dengan pacat…Ya Rabbi,banyak…!!! Beberapa kali cross sungai n ader juga mencanak tetapi tidak keterlaluan tingginya…marking kekadang sukar dikesan kerana sudah lame tidak dilalui…beberapa jam perjalanan kami sampai kat kem-1 dan lepak untuk lunch…dah siap lunch kami gerak n perjalanan mula diiringi hujan yang agak berat…trek kadangkala sukar dikesan kerana semak telah menutupi laluan dan kami menebas dan buat marking2 baru…ader penah sekali aku yang berada didepan terserempak dengan babi hutan yang melintasi trek…pergghhh…terkejut beruk den…dalam kul 4-5 petang kami sampai kat kem logsam atau matau sementara…banyak kesan tinggalan sampah pra sejarah yang tak reti nak jage alam sekitar…disini kami kemsait…kami membersihkan diri dan membuang pacat yang rakus menyedut darah kami…satu pot 5-10 ekor pacat…kalo 3-5 pot??mase sesi bersih membersih aku terjumpe pancing…apalagi…sesi pancing memancing la plak…dapat la 2-3 ekor tengas walaupun banyak kali terlepas (ayat backup)…kami main masak2 n makan malam sambil sembang menyembang tentang mase depan…kemudian tido….Zzzzzz….
Day 2;
Biase la join PBP gerak mesti bebas…dalam tengah hari kami gerak n melalui trek yang agak landai sebelum seksa sebenar bermula…jeng…jeng…jeng…kami melayan trek bertam yang mencanak tak hingat berjam-jam…dalam perjalanan tersebut kami terserempak dengan banding atau spesis kura2 yang habitatnya di hutan bertam tersebut…kami terlepas untuk mengambil air di sungai bawah kerana menyangka terdapat sungai dihadapan…sangkaan kami meleset…sampai satu pot yang bawahnya agak berlembah kami dok lepak…aku tanye abg fizi kot2 ader air kat bawah kerana dok tengok keadaan agak berlembah n macam laluan…aku pun try la nasib usha kat bawah…agak 100 meter kebawah aku jumpa air yang mengalir serta terdapat lopak2 kecil…ala2 cerek gitulah…berita gembira ku khabarkan kepada rakan2…aaahhhh….haaaa!!!...kami pun lunch n perjalanan diteruskan dan bertembung dengan satu junction ditandai dengan tin cat…bukak map n tembak gps untuk koordinat…kami pun turun permatang n melalui trek yang hampir tertutup,jadi sesi menebas berlangsung…sampai satu kawasan tuh kami tak jumpe trek n terpakse bukak trek baru yang memakan mase selama sejam…jadi mase telah banyak terbazir…dah jumpe trek asal kami lepak n makan roti…time tuh mentari hampir diufuk barat…kuning kemerahan terpancar…kami decide kul 7 lebih kite lepak sat untuk menghormati alam…laluan mencanak dihiburkan dengan mentari petang serta pemandangan samar2 laut…hati makin bergelojak n aku pun shoot la untuk mencuba nasib sampai awal dipuncak…sangkaan aku meleset kerana puncak tajam puntung asap masih jauh dihadapan dan perlu turun ke lembah n mendaki semula…time tuh puncak puntung asap berada betul2 didepan mate…ibarat lepak kat kem view di kenderong…hari semakin gelap n untuk menghormati alam kami pun berkumpul n berhenti seketika…setelah 15 minit lepak kesejukan kami pon kuar lampu kepala masing2 n meredah kembali trek yang agak lame tidak dilalui…aku pun gagahkan diri diikuti mawi serta yang lain…laluan mencanak kau2 n trek ditutupi dengan rotan2 besar menghalang kerancakkan kaki…memang menyeksakan apatah lagi trek ala2 junction- anak junction…meniarap+menonggeng+tangkap biawak semua ader…trek memang macam takder orang lalu…teruk Ya Rabbi…akhirnya setelah sejam lebih terseksa kami pun sampai di puncak…aku menjerit dan melaungkan azan sementara mawi meninjau puncak dan membersihkan kawasan puncak…time nih hujan renyai2 n kesejukan memang menggiler…selang beberapa minit rakan2 lain pun sampai…fuh…puas…!!!inilah puncak yang menjadi rahsia kepada group UBAT…kami pasang fly sheet n main masak2 kemudian sembang2 bukak topo n bincang strategi esoknya,kite try buat trans…view malam dipuncak memang superb…Zzzzzzz…

Day 3;
Esoknye kami layan view kat puncak…agak lewat tetapi masih superb dengan disebelah timur kelihatan banjaran kledang n titiwangsa…bukit kledang jelas kelihatan n mentari pagi betul2 menyinari puncak gunung chabang…perghhh…layan siot…dah puas dok sebelah timur kami layan sebelah barat…perghhh…laut menjadi habuan kami…kelihatan kuala sepetang dan beberapa pulau dapat dilihat…diceritakan oleh orang2 kampung kalo ader rezeki kita boleh melihat kepulauan sumatera…tapi kabus menjadi penghalang kami…dah puas melayan view kami lepak2 n makan mee bandung abg fizi…kami pun bukak fly n pack…dalam kul 12 cegitu kami gerak untuk ke bubu pula…yap mula menunjukkan taringnye, sementara aku assist die clear trek…trek hampir 90 darjah sejauh 100-150 meter menjadi cabaran pertama kami dan seterusnya permatang yang penuh dengan duri2 rotan yang tajam…dalam sejam setengah melayan seksa kami pun sampai ke trek bubu-bubu west…kami belok ke kanan n sampai ke bubu west…kami berasa amat pelik kerana disitu tidak pernah dilalui oleh seorang pun daripada ahli2 pendaki kami walaupun sudah berkali mendaki gunung bubu tersebut…kami sangkakan trek tersebut menghala ke kemsait bubu…rupa2nyer persoalan kami terjawab apabila kami berpatah balik ke timur dan tembus ke puncak bubu yang berbeirut…terdapat junction dari puncak bubu iaitu kekiri menghala ke kemsait bubu dan satu lagi ke bubu west…bubu west selalunya dinaiki oleh orang2 kampung atau pendaki dari terung dan disitu dahulu sebenarnya mengikut kate orang kampong yang penah mendaki kesitu pada tahun 1988 telah roboh dan kini tiada lagi kesan Beirut tersebut…disebelah barat puncak bubu west terdapat satu kawasan yang lapang menghala barat… dan satu lagi persoalan yang terjawab adalah puncak puntung asap tiada Beirut… malangnyer ader lagi persoalan yang tidak terjawab iaitu adakah view barat tersebut boleh nampak laut??kerana kami tidak dapat melihat apa2 kerana berkabus…kami gedik2 di puncak bubu dan kemudian kami turun dengan hati yang girang…kami sampai di sg gading kecuali cikleey n cik lin…untuk mengelakkan kami daripada kelewatan lori yang menunggu di ulu kenas abg fizi menyuruh aku turun dahulu dan diikuti oleh nurul,lia n mawi sementara abg fizi n yap menunggu cikleey n ciklin…kami tiba di kawasan rekreasi ulu kenas betul2 pada azan maghrib…sementara yap,cikleey, abg fizi n ciklin menyusul kemudian dalam pukul 9-10mlm dalam keadaan hujan lebat…kami membersihkan diri dan bersiap sedia untuk keluar untuk pergi makan…yeaahh…trip nie successfully…
Special thanks tuk abg fizi kos ajak trip nie n yang lelain iaitu yap, mawi, cikleey, lia lin n nurul…korang memang best…thanks yap kos ikhlas menghantar n mengambil aku…ilebiu all…
Maaf jika aku tidak mengajak rakan2 yang lain kerana ini adalah amanah daripada penganjur itu sendiri…ini adalah trip underground PBP n bukan untuk make a profit but make a benefit for all trekkers…
Thanks daripada SKEMa…;-)